Friday, August 20, 2010

Salam pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke kedai online kami. Di sini, kami menawarkan beberapa produk dan aksesori untuk keperluan fotografi anda. Kerjaya ataupun hanya sebagai hobi, kami menyediakan pelbagai barangan dan aksesori kamera untuk anda, pada harga yang berpatutan.

Kami berharap untuk menjadi salah sebuah pengedar barangan kamera berkualiti pada harga yang berpatutan. Oleh itu, kami memerlukan sokongan anda untuk terus berkembang maju.

Di laman ini, kami akan menyenaraikan beberapa produk pengenalan. Dan setelah kami berjaya mencari pengedar barangan - barangan lain, kami akan terus menambah katalog kami. Jika produk yang anda cari tiada di laman ini, kami amat menghargai komen dan cadangan daripada anda untuk terus memajukan laman ini. Sebarang komen boleh dihantar ke nukeaf@gmail.com, ataupun sms ke 0142676204-imran.

Kedai kami akan beroperasi secara online sepenuhnya. Oleh itu, segala urusan pembelian akan dilakukan di hujung jari sahaja. Perniagaan kami diuruskan oleh pekerja kami di Bandar Kuala Terengganu. Barangan yang dibeli akan dibungkus rapi dan dihantarkan kepada anda menggunakan perkhidmatan kurier. Walaubagaimanapun, servis "Cash-on-Delivery" atau COD juga disediakan, hanya di kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu sahaja. Wakil kami akan menjalankan urusniaga dengan anda. Sebarang aturan untuk urusniaga COD boleh terus sms kepada kami di 0142676204-imran.

Di laman ini, kami menyenaraikan produk baru sahaja. Jika anda ingin mencari aksesori kamera terpakai seperti "lens", beg kamera, dan sebagainya, anda boleh melawat:

http://camerasaleterengganu.blogspot.com/

Laman tersebut juga diuruskan oleh kami.

Kami berharap agar mampu menjadi pembekal barangan kamera berkualiti pada harga berpatutan untuk anda. Sebarang komen dan cadangan amatlah dialu - alukan. Sebarang komen boleh diajukan kepada nukeaf@gmail.com, ataupun sms ke 0142676204.

Hubungi kami:

Untuk sebarang komen, cadangan, mahupun pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui emel (nukeaf@yahoo.com) ataupun melalui sms ke 0142676204-imran. Imran, iaitu agen tetap kami di sini akan menjawab segala pertanyaan anda, dan segala urusniaga terus boleh dilakukan melalui beliau.

No comments:

Post a Comment

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...