Thursday, October 18, 2012

Tips Fotografi : Shutter Speed

Shutter speed atau kelajuan shutter adalah kelajuan kamera anda membuka bilah di hadapan sensor anda untuk membenarkan cahaya melepasinya dan mengenai sensor kamera anda. Apabila anda menekan butang untuk mengambil gambar, anda akan mendengar satu bunyi klik - itulah bunyi bilah shutter dalam kamera anda. Berapa lama bilah ini dibuka bergantung kepada setting kamera anda. pada lcd anda, shutter speed ini adalah yang ini (dibulatkan merah)


pada skrin ini, shutter speed adalah 13 saat (perhatikan terdapat koma berkembar pada nombor 13 tersebut). koma berkembar menandakan saat. manakala jika nilainya adalah 1/125, 1/250 dsb, itu adalah 1 saat bahagi 125, (bersamaan 0.008 saat) ataupun 1 saat bahagi 250 (bersamaan 0.004 saat). 

Secara amnya, semakin lama shutter speed ini, semakin banyak cahaya yang akan masuk ke kamera anda. Ada kalanya anda inginkan gambar anda membenarkan banyak cahaya masuk. Ada kalanya anda hanya inginkan sedikit cahaya masuk. Ini semua adalah bergantung kepada penggunaan anda sendiri. Dan shutter speed yang berbeza-beza mempunyai penggunaan dan kesan yang berbeza - beza. Penggunaan ini akan diterangkan setelah 3 aspek utama - ISO, aperture, dan shutter speed - telah diterangkan sepenuhnya :D

Untuk tips seterusnya, Aperture

No comments:

Post a Comment

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...