Thursday, May 2, 2013

Siri Tips Ringkas - Shutter speed dalam fotografi aksi sukan


Tips ringkas hari ini - Kegunaan Shutter Speed dalam fotografi sukan

Secara khususnya, shutter speed biasanya digunakan untuk 


1. Mem"beku"kan pergerakan 

2. Menunjukkan pergerakan. 

Contohnya, photographer akan mengubah shutter speed kepada nilai yang tinggi (e.g: 1/1000s, 1/500s) untuk membekukan pergerakan sesuatu yang sedang bergerak laju (kereta F1, pelumba basikal, etc). Gambar seperti ini penting dari segi komersilnya untuk menonjolkan jenama (jenama penaja kereta contohnya) dan juga untuk profail subjek itu sendiri (gambar pelumba yang sedang beraksi, etc).


Shutter speed juga boleh diubah untuk menunjukkan pergerakan. Secara amnya, shutter speed yang perlahan (e.g: 1s, 1/2s, 1/8s) mampu merakamkan pergerakan sesuatu objek atau subjek yang sedang melakukan aksi tersebut. Untuk hasil terbaik, tripod diperlukan untuk tujuan ini. Gambar seperti ini selalunya digunakan untuk menunjukkan interaksi subjek dan kepantasan subjek yang sedang bergerak dengan aktiviti yang dilakukan. Contohnya, gambar kereta yang sedang bergerak atau ahli olahraga yang sedang berlari. Namun begitu, dalam aksi sukan, penggunaan shutter speed untuk "menunjukkan pergerakan" adalah kurang popular berbanding "membekukan pergerakan".


Anda biasa menggunakan shutter speed untuk memanipulasikan pergerakan subjek dalam frame anda? Kongsikan bersama kami :) 




No comments:

Post a Comment

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...