Friday, May 24, 2013

Tips fotografi ringkas hari ini - fotografi majlis/acara/gathering

Tips ringkas hari ini.

Cara buat duit dengan kamera anda. 


#3. Fotografi majlis/event/acara/gathering/etc


Trend masa kini, manusia semakin suke berkumpul dan bersosial. Dan selalunya, merekan pasti menginginkan gambar kenangan apabila mereka berkumpul bersama. Kita sebagai photographer boleh mengambil peluang ini untuk membantu mereka mendapatkan gambar event atau acara mereka. 


Nak shoot event mcm mane? 


Zaman sekarang, segala2nya dah ade group. group kereta proton wira, group rokok elektronik, group aktvt outdoor, group pencinta kek dan cupcake, group skateboard, dll. dan selalunye, mereka aktfi di facebook. Kita boleh search sahaja group2 ni, approach admin diorang, dan tawarkan perkhidmatan kita. Ingat, segala2nya bermula dengan portfolio anda. kalau boleh, sediakan portfolio yang berkenaan. Contohnya, jika anda ingin approach group kereta, sediakan portfolio yang berkaitan dengan gambar kereta. Cari kawan2 anda yang ada kete best2, dan cube shoot dengan kreatif, dan pamerkan di facebook/flickr/500px/etc sebagai rujukan jika klien anda nak tengok hasil kerja anda. 


Saya xde gambar pun kete2 ni. camane nk stat? 


Untuk permulaan, anda boleh tawarkan perkhidmatan anda secara percuma. Mungkin utk 1 atau 2 event, anda approach mereka dan inform mengenai hasrat anda untuk menjadi official photographer bg gathering mereka. Seperti biasa, pastikan anda dah study dulu angle2 yang sesuai, tengok contoh gambar yang diambil oleh photographer lain di internet atau majalah, dan hasilkan gambar yang cantik. 


Kalau asyik bagi servis free, mcm mane nk dapat income? 


Once anda dah ambil, anda boleh upload gambar2 small resolution atau *low res* ke facebook contohnya. upload semua gambar yang diambil. jangan memilih mengikut citarasa anda. ini kerana, apabila ahli2 group tadi melihat gambar yang anda ambil, jika mereka ada berminat dengan mana2 gambar yang anda ambil, baru lah anda caj diorang untuk print. yup. print. Tawarkan pakej untuk mereka print. kebiasaannya hanya untuk 4r sahaja. tetapi kita tidak tahu, kegilaan mereka terhadap kenderaan mereka. Tidak mustahil, mereka ingin print gambar saiz besar. Anda sediakan harga untuk print saiz besar. sekali dengan CD yang berisi semua gambar tersebut. 


OK. di sini, satu lagi aspek yang sangat penting - KAD BISNES. Ya. pastikan anda ada kad bisnes, dan bagi kepada semue orang yang anda jumpe. pastikan mereka tahu cara untuk menghubungi anda. Bagi kad bisnes anda dan beritahu mereka boleh mendapatkan gambar2 tersebut dari anda. Dengan kad bisnes ini, hari ini mungkin anda shoot event gathering mereka. tidak mustahil, jika satu hari nanti ade diantara mereka menghubungi anda untuk shoot event mereka sendiri. Bisnes lagi, income lagi

  
  


No comments:

Post a Comment

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...