Showing posts with label canon eos. Show all posts
Showing posts with label canon eos. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Tips Fotografi : Shutter Speed

Shutter speed atau kelajuan shutter adalah kelajuan kamera anda membuka bilah di hadapan sensor anda untuk membenarkan cahaya melepasinya dan mengenai sensor kamera anda. Apabila anda menekan butang untuk mengambil gambar, anda akan mendengar satu bunyi klik - itulah bunyi bilah shutter dalam kamera anda. Berapa lama bilah ini dibuka bergantung kepada setting kamera anda. pada lcd anda, shutter speed ini adalah yang ini (dibulatkan merah)


pada skrin ini, shutter speed adalah 13 saat (perhatikan terdapat koma berkembar pada nombor 13 tersebut). koma berkembar menandakan saat. manakala jika nilainya adalah 1/125, 1/250 dsb, itu adalah 1 saat bahagi 125, (bersamaan 0.008 saat) ataupun 1 saat bahagi 250 (bersamaan 0.004 saat). 

Secara amnya, semakin lama shutter speed ini, semakin banyak cahaya yang akan masuk ke kamera anda. Ada kalanya anda inginkan gambar anda membenarkan banyak cahaya masuk. Ada kalanya anda hanya inginkan sedikit cahaya masuk. Ini semua adalah bergantung kepada penggunaan anda sendiri. Dan shutter speed yang berbeza-beza mempunyai penggunaan dan kesan yang berbeza - beza. Penggunaan ini akan diterangkan setelah 3 aspek utama - ISO, aperture, dan shutter speed - telah diterangkan sepenuhnya :D

Untuk tips seterusnya, Aperture

Monday, October 24, 2011

Beg kamera CANON EOS edisi terhad

Beg kamera edisi terhad CANON EOS untuk dijual!



Dengan zip mudah akses di atas beg ini, ia memudahkan anda mengambil kamera anda apabila anda hendak menggunakannya dengan pantas! 



Dibuat daripada bahan berkualiti tinggi, beg ini mampu melindungi peralatan fotografi anda daripada pelbagai anasir luaran. Dengan pelapik dan baju hujan yang tersedia, beg ini mampu melindungi kamera anda daripada cuaca yang tidak menentu. 



Dengan design yang eksklusif dan professional, anda boleh menggunakan beg ini sebagai beg kamera korporat tugasan rasmi mahupun untuk kegunaan harian. sungguh mudah!

Dengan kompartmen yang banyak, beg ini boleh memuatkan body, 3-4 lens, speedlight, aksesori dan juga sebuah laptop atau tablet pc 10 inci! Sungguh mudah untuk dibawa bersama ketika berjumpa klien anda.










Penjenamaan CANON atas beg ini menampakkan lagi eklusiviti beg ini dalam penggunaannya untuk anda. Anda boleh mencipta imej professional dengan memastikan setiap fotografer anda menggunakan beg yang seragam.

Harga kedai : RM 285

Harga kami : RM 175

Berminat? sms/call 0142676204 - imran. COD di gong kapas, kuala terengganu. Poslaju ke seluruh malaysia disediakan.  

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...