Posts

Showing posts from October, 2012

Nikon AF-D 60mm f2.8

Image
Body lens tiada calar atau kerosakan apa - apa. Kondisi baik.

Lens tiada calar, habuk, fungus.

Made in Japan.

Harga :

----------------SOLD----------------------------


 COD di kajang, bangi, putrajaya. Poslaju ke seluruh Malaysia tambah RM15.




Berminat sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com. cod area kajang, bangi, putrajaya. Poslaju ke seluruh Malaysia.

Tips Fotografi: ISO

Image
ISO ni secara asasnye adalah sensitiviti sensor kamera kepada cahaya. Nilai ISO ni selalunye berada dalam turutan 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, etc. Tetapi kamera - kamera yang lebih baru pada zaman sekarang mula memecahkan nilai ini kepada rangkaian yang lebih kecil. Contohnya, 100, 125, 160, 200, 250, 320, 400, 500, 640, 800, etc. Apa yang perlu anda ingat, semakin besar nilai iso ni, semakin tinggi sensitiviti sensor kamera anda kepada cahaya. maksudnya, jika anda menggunakan iso 100, dan setting shutter speed pada 1/250saat, jika anda menggunakan iso 200, untuk mendapatkan exposure yang sama, anda perlu menggunakan shutter speed 1/125. Ini adalah kerana, pada setting ISO 200, sensor kamera anda kini adalah 2 kali ganda lebih sensitif kepada cahaya berbanding ISO 100 ( iso 200 bahagi iso 100, = 2).

Panel ISO pada lcd kamera anda, dalam bulatan hijau.



Ini adalah satu pemahaman asas sahaja. Untuk menggunakan DSLR anda ke potensi maksimumnya, anda perlu betul betul memahami setiap …

Tips Fotografi : Aperture

Image
Aperture ataupun juga dikenali sebagai f-number, adalah merujuk kepada bukaan bilah pada lens anda. (ingat, shutter speed merujuk kepada kelajuan bilah pada kamera anda, manakala aperture adalah pada lens anda). bukaan bilah pada lens anda ini diukur dengan nilai F pada lcd anda (rujuk gambar di bawah, dibulatkan dengan warna kuning)


Pada gambar diatas, nilai F adalah 6.3. ok. untuk nilai aperture, atau F ini, penggunaannya adalah terbalik. Contohnya, semakin besar nilai F, semakin kecil bukaan bilah lens anda. bukaan bilah lens anda ini digambarkan secara grafik oleh bulatan di sebelah shutter speed di atas. jika anda perasan, semakin anda naikkan nilai F, semakin kecil gambar bulatan tersebut. Ini adalah cara nilai aperture diwakilkan.

"semakin tinggi nilai F, semakin kecil bukaan bilah lens@aperture anda"

Apabila anda membeli lens, anda boleh lihat pada lens tersebut, terdapat nombor seperti ini :



Untuk sebutan aperture, disebabkan semakin kecil nilainya  semakin besar bu…

Tips Fotografi : Shutter Speed

Image
Shutter speed atau kelajuan shutter adalah kelajuan kamera anda membuka bilah di hadapan sensor anda untuk membenarkan cahaya melepasinya dan mengenai sensor kamera anda. Apabila anda menekan butang untuk mengambil gambar, anda akan mendengar satu bunyi klik - itulah bunyi bilah shutter dalam kamera anda. Berapa lama bilah ini dibuka bergantung kepada setting kamera anda. pada lcd anda, shutter speed ini adalah yang ini (dibulatkan merah)


pada skrin ini, shutter speed adalah 13 saat (perhatikan terdapat koma berkembar pada nombor 13 tersebut). koma berkembar menandakan saat. manakala jika nilainya adalah 1/125, 1/250 dsb, itu adalah 1 saat bahagi 125, (bersamaan 0.008 saat) ataupun 1 saat bahagi 250 (bersamaan 0.004 saat). 
Secara amnya, semakin lama shutter speed ini, semakin banyak cahaya yang akan masuk ke kamera anda. Ada kalanya anda inginkan gambar anda membenarkan banyak cahaya masuk. Ada kalanya anda hanya inginkan sedikit cahaya masuk. Ini semua adalah bergantung kepada pengg…