Thursday, October 18, 2012

Tips Fotografi : Aperture

Aperture ataupun juga dikenali sebagai f-number, adalah merujuk kepada bukaan bilah pada lens anda. (ingat, shutter speed merujuk kepada kelajuan bilah pada kamera anda, manakala aperture adalah pada lens anda). bukaan bilah pada lens anda ini diukur dengan nilai F pada lcd anda (rujuk gambar di bawah, dibulatkan dengan warna kuning)


Pada gambar diatas, nilai F adalah 6.3. ok. untuk nilai aperture, atau F ini, penggunaannya adalah terbalik. Contohnya, semakin besar nilai F, semakin kecil bukaan bilah lens anda. bukaan bilah lens anda ini digambarkan secara grafik oleh bulatan di sebelah shutter speed di atas. jika anda perasan, semakin anda naikkan nilai F, semakin kecil gambar bulatan tersebut. Ini adalah cara nilai aperture diwakilkan.

"semakin tinggi nilai F, semakin kecil bukaan bilah lens@aperture anda"

Apabila anda membeli lens, anda boleh lihat pada lens tersebut, terdapat nombor seperti ini :



Untuk sebutan aperture, disebabkan semakin kecil nilainya  semakin besar bukaannya, maksimum aperture atau bukaan paling besar adalah mengikut nilai terkecil F ini. Pada lens anda, nilai F ini ditulis seperti yang dihighlight dalam kotak hijau diatas. 

  • Untuk lens pertama (55-200mm) , nilai F maksimum atau bukaan lens paling besar adalah 4-5.6. Ia mempunya julat nilai dari 4 sehingga 5.6 adalah keranaa lens ini adalah lens zoom yang mempunyai bukaan aperture paling besar yang berubah2. contohnye, apabila pada keadaan 55mm, aperture paling besar adalah 4, manakala setelah zoom habis pada 200mm, aperture paling besar adalah 5.6. 
  • Untuk lens kedua (28-200mm) , nilai aperture adalah dari 3.5-5.6. Pada zoom 28mm, bukaan lens paling luas adalah 3.5 manakala pada zoom hujung 100mm, bukaan paling luas adalah 5.6. 

Secara amnya, semakin besar bukaan aperture maksimum sesebuah lens, semakin mahal harganya. Dengan bukaan lens yang lebih luas, anda mampu menggunakan lens tersebut dalam keadaan yang kurang cahaya dimana semakin besar bukaan lens anda, semakin banyak cahaya boleh masuk ke kamera anda. Lens seperti ini sesuai digunakan dalam bangunan, pada waktu malam, atau mana mana situasi dimana cahaya sekitar adalah sedikit. 

Penggunaan aperture yang betul juga mempengaruhi "depth-of-field" (DOF) atau kedalaman fokus anda. Jika anda perasan, ada sesetengah gambar mempunyai kawasan yang blur di belakang, manakala sharp di hadapan (biasanya gambar portret). Ada juga yang fokus sharp di belakang, blur dihadapan. Dan ada juga gambar yang fokus dan sharp  keseluruhannya (biasanya gambar landskap). Untuk cara penggunaan aperture bagi mendapatkan DOF yang tepat, akan dibincangkan dalam topik seterusnya.