Showing posts with label compact. Show all posts
Showing posts with label compact. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Panasonic Lumix DMC-G3K (with kit lens 14-42mm) Black

1 set kamera Panasonic Lumix DMC G3K untuk dijual. 

Kamera kompak professional dengan kebolehan menghasilkan gambar seperti kualiti DSLR. Sesuai untuk anda yang ingin kualiti gambar profesional tetapi tidak mahu membawa kamera yang terlalu besar. TOUCHSCREEN untuk memudahkan operasi, dan kebolehan merakam FULL HD MOVIE







【ITEM(s 】Panasonic Lumix DMC-G3K (with kit lens 14-42mm) Black
【Package includes 】Panasonic Lumix Camera bag
【Price】RM 1000.00 
【Warranty】1 week personal
【Dealing method】COD or poslaju ke seluruh Malaysia
【Seller's location】Kemaman / Kuantan

Saturday, October 20, 2012

Tips Fotografi: ISO


ISO ni secara asasnye adalah sensitiviti sensor kamera kepada cahaya. Nilai ISO ni selalunye berada dalam turutan 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, etc. Tetapi kamera - kamera yang lebih baru pada zaman sekarang mula memecahkan nilai ini kepada rangkaian yang lebih kecil. Contohnya, 100, 125, 160, 200, 250, 320, 400, 500, 640, 800, etc. Apa yang perlu anda ingat, semakin besar nilai iso ni, semakin tinggi sensitiviti sensor kamera anda kepada cahaya. maksudnya, jika anda menggunakan iso 100, dan setting shutter speed pada 1/250saat, jika anda menggunakan iso 200, untuk mendapatkan exposure yang sama, anda perlu menggunakan shutter speed 1/125. Ini adalah kerana, pada setting ISO 200, sensor kamera anda kini adalah 2 kali ganda lebih sensitif kepada cahaya berbanding ISO 100 ( iso 200 bahagi iso 100, = 2).

Panel ISO pada lcd kamera anda, dalam bulatan hijau.



Ini adalah satu pemahaman asas sahaja. Untuk menggunakan DSLR anda ke potensi maksimumnya, anda perlu betul betul memahami setiap setting ini, dan memanipulasinya untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Ketiga tiga aspek ini - iso, shutter speed, dan aperture - adalah merupakan asas setting yang paling penting untuk anda fahami. Memang benar, anda mungkin pernah melihat jurugambar - jurugambar yang hebat menghasilkan karya mereka yang hebat menggunakan pelbagai filter, atau teknik - teknik editing seperti HDR (high dynamic range), digital blending, vertorama, panorama, dan sebagainya. Namun begitu, kesemua teknik - teknik ini adalah tidak relevan jika anda tidak mampu mengambil gambar dengan baik terlebih dahulu. Gambar - gambar mereka adalah cantik dan menarik kerana ianya adalah hasil karya yang dihasilkan dengan nilai exposure yang baik, ketika gambar tersebut diambil. Dan bukannya melalui teknik editing. Jika anda tidak mampu mengambil gambar dengan baik, anda tidak akan mampu menghasilkan karya yang baik walaupun dengan pelbagai teknik editing.

"Fotografi adalah merupakan permainan cahaya. Imej yang dirakam anda ketika waktu itu adalah segala - galanya. Fahami keadaan cahaya, dan fahami cara kamera anda berfungsi. Setiap klik adalah bermakna."

Sebagai satu panduan ketika anda mengambil gambar, cuba anda bayangkan, tiada perisian untuk menyunting gambar anda. Apa yang anda rakamkan dengan kamera anda, itulah hasil akhirnya. Dengan cara ini, anda akan melatih diri anda untuk menjadi lebih berdisiplin, dan tidak hanya membazirkan shutter kamera anda.

Seterusnya, kaitan antara tiga aspek ini akan digambarkan dalam satu gambarajah yang mudah untuk anda ingati. Ingat, 3 aspek utama ini adalah sangat penting, dan anda harus memahami hubungkait antara ketiga-tiganya terlebih dahulu. Nantikan entri seterusnya.

Thursday, October 18, 2012

Tips Fotografi : Shutter Speed

Shutter speed atau kelajuan shutter adalah kelajuan kamera anda membuka bilah di hadapan sensor anda untuk membenarkan cahaya melepasinya dan mengenai sensor kamera anda. Apabila anda menekan butang untuk mengambil gambar, anda akan mendengar satu bunyi klik - itulah bunyi bilah shutter dalam kamera anda. Berapa lama bilah ini dibuka bergantung kepada setting kamera anda. pada lcd anda, shutter speed ini adalah yang ini (dibulatkan merah)


pada skrin ini, shutter speed adalah 13 saat (perhatikan terdapat koma berkembar pada nombor 13 tersebut). koma berkembar menandakan saat. manakala jika nilainya adalah 1/125, 1/250 dsb, itu adalah 1 saat bahagi 125, (bersamaan 0.008 saat) ataupun 1 saat bahagi 250 (bersamaan 0.004 saat). 

Secara amnya, semakin lama shutter speed ini, semakin banyak cahaya yang akan masuk ke kamera anda. Ada kalanya anda inginkan gambar anda membenarkan banyak cahaya masuk. Ada kalanya anda hanya inginkan sedikit cahaya masuk. Ini semua adalah bergantung kepada penggunaan anda sendiri. Dan shutter speed yang berbeza-beza mempunyai penggunaan dan kesan yang berbeza - beza. Penggunaan ini akan diterangkan setelah 3 aspek utama - ISO, aperture, dan shutter speed - telah diterangkan sepenuhnya :D

Untuk tips seterusnya, Aperture

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...