Tuesday, April 30, 2013

Percetakan Kad Bisnes

Kini atas permintaan ramai, kedai fotografi menyediakan Perkhidmatan Percetakan Kad Bisnes! Hantarkan kepada kami design kad anda, dan kami akan cetakkan untuk anda dengan cetakan kualiti terbaik!




Sempena pelancaran perkhidmatan ini, harga promosi untuk 5 kotak (500 pcs) adalah RM70 manakala untuk 10 kotak (1000 pcs) adalah RM100 sahaja! Ya. memang murah!!

Kad bisnes adalah satu keperluan dalam menjalankan perniagaan, terutamanya bagi jurugambar. Menyedari hakikat ini, kedai fotografi telah mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan percetakan kad bisnes. 

Hanya hantarkan design kad anda kepada kami (boleh dibuat menggunakan photoshop) dan kami akan cetakkan untuk anda, dan hantarkan  terus kepada anda, di seluruh Malaysia! 


Mengapa kad bisnes? adakah ia penting? 5 sebab kenapa anda perlukan kad bisnes. Apatah lagi jika anda adalah photographer, seperti semua admin Kedai Fotografi :)

1. Kad bisnes adalah senjata utama anda ke arah professionalisma. Ingat, kerjaya anda sebagai jurugambar@photographer adalah kerjaya professional. Apabila anda berjumpa klien anda, perkara pertama anda lakukan setelah menegur mereka adalah memberikan kad bisnes anda. Ia menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang professional dan serius dengan bisnes perkhidmatan anda (bukan bisnes cincai-cincai). 

2. Klien anda akan merasakan lebih terjamin untuk berurusan dengan anda. Disamping portfolio gambar yang tersedia, kreativiti kad bisnes anda mampu memberi impak "wow" kepada klien anda, dan seterusnya mengukuhkan lagi kredibiliti anda sebagai "photo-designer".

3. Ia adalah iklan anda. Setiap kad yang anda berikan kepada sesiapa sahaja (x semestinya kepada klien anda sahaja) adalah media pengiklanan yang bercakap sendiri untuk anda. 

4. Kad bisnes adalah merupakan kunci kepada networking anda. Jika anda terserempak dengan sesiapa sahaja di mana-mana majlis atau acara, anda boleh meneruskan perhubungan dengan orang tersebut dengan memberikan kad bisnes anda. Mana tahu, orang tersebut mungkin klien anda yang seterusnya!

5. Jumlah yang banyak - jangan takut untuk memberikan kad bisnes anda kepada sesiapa sahaja yang anda jumpa. Malahan, jika anda sedang mengambil gambar di mana-mana majlis perkahwinan, anda boleh memohon izin dengan pemilik majlis untuk meletakkan 1 kotak kad anda di majlis tersebut. Tetamu-tetamu yang hadir ke majlis tersebut dengan mudah boleh menghubungi anda melalui kad tersebut. Mudah kan? 

Adalah merupakan satu amalan yang normal bagi pemilik bisnes untuk memberikan sekurang-kurangnya 2 keping kad kepada 1 klien. Mengapa? Untuk diberikan kepada rakan-rakan dan saudara mereka yang mungkin memerlukan perkhidmatan anda. Nampak? Iklan percuma! :)


Jangan berlengah! Hubungi 014-2676204 untuk membuat tempahan sekarang. Promosi perniagaan anda dan tingkatkan imej professional perkhidmatan anda. Jadikan kad bisnes anda sebagai salah satu senjata pemasaran anda! Tempah sekarang!



*** Jaminan kami - jika kad anda tidak siap dalam masa 30 hari, ataupun kualiti percetakan yang tidak memuaskan anda, 100% wang anda dikembalikan!!***

Tempah sekarang! Dapatkan template kosong untuk photoshop di bawah:

1. Untuk design menegak (portrait) 

2. Untuk design melintang (landscape)

Tunggu!! Jika anda tempah sekarang, dapatkan khidmat design kad secara percuma!

Ya. Kami akan design untuk anda dan hantar terus ke rumah anda, 
tanpa sebarang caj tersembunyi!




Tawaran ini akan tamat pada bila-bila masa sahaja. Tempah kad anda hari ini dan kembangkan perniagaan anda!

No comments:

Post a Comment

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...