Thursday, April 21, 2011

Buffalo Professional Camera Backpack

Beg kamera professional buffalo untuk dijual!




beg ini adalah beg bersaiz medium yang sering digunakan oleh golongan professional untuk membawa peralatan mereka. Ia direka untuk mereka yang mempunyai banyak lens dan body untuk dibawa serentak dalam satu bag. Ini boleh mengelakkan daripada anda tercicir barang anda di mana-mana.



Dengan kapasiti yang besar, anda boleh memuatkan beberapa body, lens dan pelbagai aksesori seperti flash dan filter dalam beg ini. Dengan kompartmen boleh ubah di dalam beg ini, anda boleh mengubah kompartmen dalaman beg ini mengikut kesesuaian anda!

antara ciri utama beg ini;

-luas. ia juga dilapisi dengan padding di sekeliling beg dan juga pada tali beg tersebut untuk melindungi peralatan anda.



-boleh memuatkan laptop bersaiz 14inci di bahagian khas laptop



-dibuat daripada bahan "water resistant". malahan, ia juga dilengkapi dengan "baju hujan" untuk melindungi peralatan anda ketika cuaca buruk



-kompartment dalaman yang luas, boleh memuatkan lens besar seperti lens telephoto 70-200mm f2.8

-mempunyai unjuran khas untuk tripod anda.



Harga: rm200 termasuk poslaju seluruh Malaysia.

Delivery 3-5 hari bekerja.

berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com

Wednesday, April 20, 2011

Mini Flash Softbox Diffuser

Flash softbox diffuser untuk dijual!





FSD ini adalah bertujuan untuk menghasilkan cahaya yang lebih lembut dan diffuse. Tanpa softbox, cahaya dari flash anda akan kelihatan terlalu "keras" dan bayang yang terhasil adalah amat jelas. Dengan FSD, cahaya dari flash anda akan kelihatan lebih lembut dan hasilnya akan lebih memuaskan!

Contoh gambar yang diambil tanpa sebarang editing, pada setting yang sama. gambar pertama flash diarahkan terus kepada subjek. gambar kedua flash dipasang dengan mini FSD.




FSD kebiasaannya digunakan di dalam fotografi portret, macro, dan product. Dalam genre ini, penggunaan FSD adalah amat penting untuk anda mendapatkan hasil yang professional, tanpa anda perlu bersusah payah membawa softbox besar yang biasanya dipasang pada tiang. Dengan mini FSD ini, anda boleh membawa softbox anda ke mana-mana sahaja, dan mula mendapatkan hasil gambar yang lebih memuaskan dengan flash anda!

Mini FSD seperti ini adalah salah satu aksesori penting dalam makro dan portret fotografi di mana pencahayaan dari flash memainkan peranan yang penting. Dengan mini FSD ini, "shadow" pada subjek dapat dikurangkan, dan "extreme contrast" pada subjek juga dapat dielakkan.

Harga: RM60. COD di area gong kapas, Kuala terengganu. Pembelian melalui pos tambah rm10 untuk kos penghantaran menggunakan poslaju.

berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com.

Tuesday, April 19, 2011

5 in 1 Wide reflector (human size)


Reflector saiz besar untuk dijual (100cm x 150cm). Salah satu aksesori kemestian untuk outdoor portraiture dan group portraiture!

Reflector ini berbentuk petak, maka ia lebih mudah untuk dipegang. Boleh dilipat untuk disimpan dalam beg khas yang diberikan sekali. Mudah untuk dibawa ke mana - mana sahaja.

Ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti, menjadikan ia lebih tahan berbanding reflector murah biasa.

Saiznya yang besar membolehkan ia digunakan sebagai backdrop simple dalam fotografi portret. Sangat sesuai untuk penggemar "full body portraiture".

Mempunyai 5 permukaan berbeza, hitam, emas, silver(reflective), putih, diffuse.


Harga: rm130. bangi, kajang, putrajaya. pembelian melalui pos tambah rm10 utk penghantaran dengan poslaju.

berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com

Sanyo Eneloop 2 hour quick charger dan 4 batteri

Charger dan bateri Eneloop untuk dijual!




Merupakan antara jenama bateri yang paling popular dalam penggunaan barangan elektronik dan fotografi.

Merupakan jenama bateri yang mendapat "rating" tertinggi dalam penggunaan flash dan speedlight! Dengan kemampuan recycle yang pantas, bateri ini boleh memastikan flash anda terus beroperasi tanpa "delay" yang melampau.

Dengan kemampuan untuk beroperasi pada keadaan yang ekstrim (sehingga -20 darjah celcius), bateri ini mampu menyalakan peralatan anda tanpa sebarang masalah!

Dengan charger pantas 2 jam, anda hanya memerlukan 2 jam sahaja untuk mengecas penuh bateri ini dan kembali menggunakannya. sungguh pantas!

Boleh dicaj sehingga 1500x!!

harga; rm140. COD di gong kapas, kuala terengganu. Pembelian melalui pos, tambah rm6 dan akan dihantar oleh perkhidmatan kurier.

berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com.

Beg Kamera Vanguard



Beg kamera vanguard untuk dijual!

Beg ini dibuat daripada bahan berkualiti tinggi, dan melalui proses kawalan kualiti yang amat ketat.

Antara ciri utama;

-rekabentuk yang menarik dan simple, ringan dan ergonomic. tidak menyebabkan beban yang berat pada belakang anda kerana ia mempunyai padding luar dan dalam.

-kapasiti yang luas. sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Amat sesuai untuk fotografer "travel" dan "photojournalist". Juga boleh memuatkan beberapa helai pakaian untuk "pengembara" :D

-mempunyai padding di seluruh beg demi mengelakkan kamera anda terhantuk



-Bahagian dalam beg yang boleh dicabut keluar untuk memudahkan proses memasukkan aksesori kamera, dan juga memudahkan proses pembersihan.



-Bahan buatan beg adalah kalis air. Elakkan hujan menganggu peralatan anda!


Harga: rm250. COD di area Gong Kapas, kuala terengganu. Pembelian melalui pos tambah rm 15, dan akan dihantar oleh perkhidmatan kurier.

Berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com

Tripod Professional WF-531b

Tripod professional WF-351b untuk dijual!



Dengan kualiti yang setanding tripod terkemuka seperti Benro, Manfrotto, Manbilly, mahupun Jussino, tripod ini adalah merupakan antara model yang paling digemari. Mempunyai kemampuan yang hampir serupa dengan tripod-tripod terkemuka lain, tripod ini adalah amat stabil dan berkualiti. Penggunaan "dual lock" pada tapak tripod ini memastikan tripod anda dicengkam kemas seterusnya mengelakkan ia daripada terjatuh. Extra sekuriti!

Penggunaan ballhead membolehkan kamera anda diletakkan dalam pelbagai posisi. Kewujudan "dampening mechanism" pada paksi tripod ini membolehkan anda memutarkan ballhead anda secara lembut dan perlahan, menghasilkan efek pergerakan yang sangat licin seperti dalam video professional.
Ya! tripod ini juga sesuai untuk videografi!

Kaki tripod ini boleh dilunjurkan, membolehkan ia digunakan pada ketinggian minimum. ini adalah amat sesuai untuk penggunaan macro dan fotografi lanskap.

Malahan, kaki tripod ini boleh diangkat ke atas, membolehkan kamera anda diletakkan pada posisi terbalik,(seperti dalam gambar 2) dan sangat rapat pada permukaan tanah! Sangat sesuai untuk extreme macro photography. satu ciri yang tidak dapat ditemui pada tripod professional pada julat harga seperti ini!!



Antara spesifikasi utama:

Ketinggian biasa; 58cm
ketinggian maksimum; 1.47m
ketinggian minimum; 24cm
berat; 1.5kg
berat mampu ditanggung; 4.0kg

Harga: rm230. pakej termasuk tripod dan beg tripod.

COD di area gong kapas, kuala terengganu. Untuk penghantaran menggunakan poslaju, tambah rm20.

berminat, sila hubungi 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com

Kenko UV filter



UV filter baru untuk dijual!
  • Mengurangkan kesan kebiruan dalam gambar anda, terutamanya apabila anda mengambil gambar di siang hari. Kesan kebiruan ini adalah hasil daripada sinar UV yang direkodkan oleh sensor kamera anda. Filter UV ini mampu mengurangkan kemasukan cahaya UV ke sensor anda, dan seterusnya mengurangkan kesan kebiruan pada gambar anda!
  • Filter UV juga dikenali sebagai filter jernih yang selalu digunapakai untuk melindungi permukaan kanta lens anda. Merupakan salah satu aksesori yang mesti dimiliki! Lindungi permukaan kanta lens ribuan ringgit anda dengan filter ini!

saiz 52mm sesuai untuk kit lens nikon 18-55mm, nikon 50mm, nikon 55-200mm vr dan lain2 lens bersaiz 52mm.


52mm - rm40
58mm - rm50
62mm - rm70
67mm - rm80
72mm - rm100
77mm - rm115

* Tambah rm6 untuk poslaju ke seluruh malaysia. Dapatkan lebih penjimatan dengan combine shipping bersama item lain. 



Berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com.

Tuesday, March 8, 2011

Filter P-system


sistem filter berbentuk petak atau "P filter system" untuk dijual.



Filter ini adalah satu alternatif kepada filter bulat yang biasa dijual di kedai. filter ND boleh mengurangkan jumlah cahaya masuk ke dalam kamera anda, dan seterusnya membolehkan anda mencapai efek yang lebih menarik seperti lanskap "slow shutter" atau "light trail" dan sebagainya.

Merupakan salah satu kelengkapan utama penggemar fotografi lanskap!

contoh gambar yang diambil dengan menggunakan filter ini:





antara kelebihan utama filter ini adalah;

-setiap "holder" mempunyai 3 slot untuk anda masukkan mana-mana kepingan filter pilihan anda. anda boleh menghasilkan pelbagai gabungan filter dengan kesan - kesan yang berbeza

-boleh digunakan pada mana-mana lens tanpa mengira saiz depan lens anda. anda hanya perlu membeli "adaptor" yang sesuai untuk dipasang pada lens anda.

-amat sesuai jika anda mempunyai lebih dari satu lens.

-kedudukan filter yang boleh diubah mengikut keadaan cahaya.
harga:rm180 sahaja untuk satu set ( 3 keping filter, filter holder, dan adaptor pada mana-mana saiz). set adalah baru





.

COD di area kuala terengganu. untuk penghantaran melalui pos, tambah rm10.

berminat, sila hubungi imran 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com.

Saturday, September 18, 2010

Lenspen LP-1 lens cleaner


Lenspen original baru untuk dijual!

Lenspen adalah pencuci lensa yang mampu membersihkan pelbagai kesan kotoran dari permukaan lensa anda. Kotoran berminyak, habuk, cap jari, dan pelbagai lagi mampu dibersihkan dengan mudah menggunakan lenspen, tanpa meninggalkan sebarang kesan calar pada lens anda.

Dengan lenspen, anda boleh membersihkan permukaan lensa anda secara profesional, tanpa perlu membayar kos ratusan ringgit untuk menghantar ke kedai. Dengan permukaan pencuci lenspen yang istimewa dan berteknologi tinggi, permukaan lensa anda adalah selamat daripada sebarang kesan calar, berbanding penggunaan kain microfiber dan cecair pencuci alkohol yang masih meninggalkan kesan alkohol pada permukaan lensa ada.

Satu - satunya produk yang diiktiraf oleh NASA sebagai pencuci lensa yang terbukti keberkesanannya!!

Bahan pembersih lenspen yang istimewa boleh di"recharge" hanya dengan meletakkan penutupnya dan memutarkan penutup beberapa kali, dan lenspen anda sedia untuk digunakan. Tidak perlu anda berbelanja lagi untuk membeli bahan pencuci tambahan. Sungguh mudah!

Dapatkan lenspen ini pada harga RM35 sahaja!! ya, hanya pada harga RM35, anda akan mendapat produk lenspen original ini dan boleh mula membersihkan lensa anda dengan selamat dan efektif.

*kami juga akan mengajar anda cara untuk menggunakan lenspen ini.

Dapatkan lenspen ini hanya pada hara RM35 COD (tambah RM4 untuk kos penghantaran ke seluruh malaysia)

emel ke nukeaf@gmail.com atau sms ke 0142676204-imran untuk sebarang maklumat lanjut / untuk membuat pembelian

Sunday, August 22, 2010

Tripod Digieye TR-38




Tripod yang berkualiti dan ringan, sesuai untuk dibawa ke mana - mana sahaja! Diperbuat daripada besi aluminium yang tahan karat dan siapan berwarna perang keemasan, Tripod TR-38 adalah merupakan satu tambahan baru untuk membantu anda mendapatkan gambar yang "blur-proof" atau kalis gegar! Tiada lagi gambar yang tidak "sharp" atau "blur"!!



Ciri - ciri utama:

  • Diperbuat daripada aluminium yang tahan karat dan amat ringan. Juga disertakan satu beg khas untuk memuatkan tripod ini supaya mudah untuk dibawa ke mana - mana sahaja.
  • Mempunyai pin keselamatan untuk mengelakkan kamera daripada terjatuh daripada soket tripod, dan boleh dilonggarkan dengan satu klip sahaja.
  • Kepala tripod yang boleh dilaraskan untuk menghadap atas-bawah-kiri-kanan, pusingan atas satu paksi 360 darjah (pusingan dari kedudukan menghadap hadapan-belakang-hadapan kembali), portrait-landscape, dan mempunyai pelaras tambahan untuk menambah ketinggian soket tripod.
(english section)

Max Height: 1345mm
Folded Height: 525mm
Weight: 920g
Multi Angle Pan Head
Titanium Satin Brushed Finishing
Anti-slip rubber feet
3 Section for extra height and flexibility

--------------------------------------------------------------------------------------


Dapatkan tripod ini pada harga RM 80 . Ya, hanya pada RM 80, anda boleh memiliki tripod ini dan seterusnya mencuba pelbagai teknik - teknik fotografi dengan hasil gambar yang lebih jelas dan "sharp"!! Tiada lagi gambar "blur" dengan tripod Digieye TR-38 ini.

Berminat? sms ke 0142676204 atau hantarkan emel ke nukeaf@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut.

"Cash-on-delivery" di mana - mana kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu.
Kos penghantaran ke seluruh malaysia : RM 10 (penghantaran adalah menggunakan perkhidmatan kurier)

--------------------------------------------------------------------------------------

Friday, August 20, 2010

Salam pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke kedai online kami. Di sini, kami menawarkan beberapa produk dan aksesori untuk keperluan fotografi anda. Kerjaya ataupun hanya sebagai hobi, kami menyediakan pelbagai barangan dan aksesori kamera untuk anda, pada harga yang berpatutan.

Kami berharap untuk menjadi salah sebuah pengedar barangan kamera berkualiti pada harga yang berpatutan. Oleh itu, kami memerlukan sokongan anda untuk terus berkembang maju.

Di laman ini, kami akan menyenaraikan beberapa produk pengenalan. Dan setelah kami berjaya mencari pengedar barangan - barangan lain, kami akan terus menambah katalog kami. Jika produk yang anda cari tiada di laman ini, kami amat menghargai komen dan cadangan daripada anda untuk terus memajukan laman ini. Sebarang komen boleh dihantar ke nukeaf@gmail.com, ataupun sms ke 0142676204-imran.

Kedai kami akan beroperasi secara online sepenuhnya. Oleh itu, segala urusan pembelian akan dilakukan di hujung jari sahaja. Perniagaan kami diuruskan oleh pekerja kami di Bandar Kuala Terengganu. Barangan yang dibeli akan dibungkus rapi dan dihantarkan kepada anda menggunakan perkhidmatan kurier. Walaubagaimanapun, servis "Cash-on-Delivery" atau COD juga disediakan, hanya di kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu sahaja. Wakil kami akan menjalankan urusniaga dengan anda. Sebarang aturan untuk urusniaga COD boleh terus sms kepada kami di 0142676204-imran.

Di laman ini, kami menyenaraikan produk baru sahaja. Jika anda ingin mencari aksesori kamera terpakai seperti "lens", beg kamera, dan sebagainya, anda boleh melawat:

http://camerasaleterengganu.blogspot.com/

Laman tersebut juga diuruskan oleh kami.

Kami berharap agar mampu menjadi pembekal barangan kamera berkualiti pada harga berpatutan untuk anda. Sebarang komen dan cadangan amatlah dialu - alukan. Sebarang komen boleh diajukan kepada nukeaf@gmail.com, ataupun sms ke 0142676204.

Hubungi kami:

Untuk sebarang komen, cadangan, mahupun pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui emel (nukeaf@yahoo.com) ataupun melalui sms ke 0142676204-imran. Imran, iaitu agen tetap kami di sini akan menjawab segala pertanyaan anda, dan segala urusniaga terus boleh dilakukan melalui beliau.

Realme Book - Laptop Ultra Nipis pertama dari Realme!

  Kepada penggemar Windows machine, berita baik untuk anda! Realme bakal melancarkan "macbook-like" windows device, iaitu Realme B...